GARISON
KUALA LUMPUR
Penubuhan ini berpandukan kepada kuasa penubuhan yang telah dikeluarkan berkuatkuasa pada 18 Jan 2024. Berpandukan kepada kuasa penubuhan ini, Garison KL diketuai oleh seorang Komander berpangkat Brig Jen dan disokong oleh 2 cawangan utama iaitu Cawangan Pengurusan yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Kementah dan Cawangan Perumahan yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Kentonmen. Selain dari 2 cawangan utama ini, Garison Kl juga dipertanggungjawabkan dengan beberapa inline yang diletakkan dibawah pentadbiran iaitu 104 Komp KPTD, 92 PTAT, 601 PGAT, 711 PPAT dan Fleet ATM.
MK Garison KL telah memulakan operasi di bangunan baru pada 28 Nov 24. Pengoperasian ini disokong dengan beberapa orang staf sokongan bagi menyelaras dan mengkoordinasikan segala keperluan melibatkan semua cawangan dan inline selaras dengan objektif penubuhan yang telah dikeluarkan

Komander Garison KL Pertama
Visi
Misi
Garison KL komited untuk mencapai kecemerlangan dalam memberikan bantuan perkhidmatan demi memelihara KESEJAHTERAAN DAN KELESTARIAN WARGA KEMENTAH menuju ke arah Angkatan Masa Hadapan (AMH)